PetuaMelayu.Com - Petua Melayu, Malaysia Natural Herbs and Malay Tips

Best Petua Melayu Malaysia, Natural Herbs, Tips and Advice

Petua Cucur Pisang Sedap dan Cantik

Untuk mendapatkan cucur pisang (jemput-jemput pisang) yang cantik dan sedap, seeloknya pisang dikisar bersama gula sebelum diadun bersama tepung. Kemudian tutup dan biarkan adunan selama lebih kurang empat jam sebelum digoreng. Selain itu adunan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk

Resepi Cucur Pisang/Jemput-Jemput Pisang

  • 2 mangkuk pisang ( pisang asam ) yang sudah dikupas, buangkan urat dan
  • lenyek sehingga lembik.
  • Masukkan 2-3 senduk gula merah dan lenyek & gaul rata.
  • Masukkan sebiji telur ayam ( yang dipukul kembang jika tak pakai
  • bicarbonate soda ), gaul rata.
  • Secubit bicarbonate soda , setengah cawan susu penuh krim dan
  • semangkuk tepung gandum + secubit garam. Gaul semua rata rata.

Panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak. Panaskan. Api mesti sederhana. Masukkan daun pandan yang telah disimpul dan bila dah agak garing, keluarkan. Boleh mula gorengkan jemput-jemput. Either guna hujung jari ataupun dua sudu kecil. Goreng terendam sehingga agak garing, balik-balikkan. Boleh angkat dan serve.

Petua Elak Sinki Dapur Tersumbat

Oct-29-2008 By admin

Petua Elak Sinki Dapur Tersumbat

Image Hosted by ImageShack.us

Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahanĀ  pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki danĀ  kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.

Petua Melambatkan Daging Berbau

Oct-29-2008 By admin

Petua Melambatkan Daging Berbau

Sekarang peti sejuk menjadi tempat menyimpan makanan segar yang baik untuk memelihara kesegarannya. Apa akan jadi kalau tiba-tiba peti ais rosak dan kita ada banyak daging yang belum dimasak? Pasti akan berbau kan kalau disimpan lama sangat?

Ini ada salah satu petua untuk mengelakkan daging menjadi busuk. Orang dulu-dulu mana ada peti ais kan. Kalau mahu melambatkan daging menjadi busuk dan segar tanpa peti ais, bolehlah menaburkan gula ke atas daging tadi. Mahu gaul pun boleh juga.

Apabila mahu dimasak, basuhlah daging tadi dan ia akan jadi seperti daging segar. Tapi petua ini untuk menyimpan daging beberapa hari sahaja. Kalau terlalu lama, pasti daging yang disimpan itu akan berbau juga.

Petua Memasak Pulut Kuning

Oct-29-2008 By admin

Petua Memasak Pulut Kuning

Rendamkan pulut semalaman agar elok kembangnya. Campurkan beberapa keping asam gelugur atau air kelapa, agar pulut kelihatan berkilat setelah dimasak.

Untuk mengelak pulut cepat basi, perah santan menggunakan air suam. Kemudian panaskan santan dengan garam. Tetapi jangan sampai mendidih.

Didih kukusan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan pulut yang wangi, siat-siatkan daun pandan sebelum tanak atau mengukus.

Gaulkan santan dengan pulut ketika pulut masih panas, agar tidak melekat.

Petua Kecantikan Payu Dara Wanita dan Gadis

Image Hosted by ImageShack.us

All woman or Malay teens cares about their breast. All husband or boyfriend love their wife/girlfriend breast. The female breasts are a very important part of the female body. Their proper health needs to be maintained. An inability to do so may result in breast (payu dara) related diseases. Here we enclose 3 “petua orang lama” such as Petua Menegangkan Payu Dara, Petua Pulih Payu Dara Bengkak and Petua Menegangkan lagi Payu Dara

Menegangkan Payu Dara.
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
  2. Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
  3. Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
  4. Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Read the rest of this entry »

Petua Memilih Ikan Yang Baik

Oct-8-2008 By admin

Petua Memilih Ikan Yang Baik

Image Hosted by ImageShack.us

Most of young Malaysian did`t know how to choose a quality fish at wet market. Some fish seller selling old (almost rejected) fish with cheap price. With info, “Petua Memilih Ikan Yang Baik”, you can be smart in choosing a healthy fresh fish for your dishes.

  1. Mata ikan terang, warna hitam pada bola matanya tidak bercampur warna lendir.
  2. Sisik ikan tidak banyak yang gugur.
  3. Bila badan ikan itu ditekan dengan jari, daging ikan itu kembali seperti kedudukan semula/asal.
  4. Tidak terdapat luka pada badan ikan tersebut.
  5. Warna iseng/insangnya masih dilapisi lendir asli.
  6. Badannya tidak berbau.